Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Widget HTML #1

38 Film Inspiratif Tentang Autisme, Sindrom Asperger, dan Disleksia (Bag 2)

38 Film Inspiratif Tentang Autisme, Sindrom Asperger, dan Disleksia (Bag 2)
Film tentang autis, sindrom asperger dan disleksia - Berikut lanjutan bahasan mengenai film tentang autis,sindrom asperger, dan disleksia

 16. Haridas (2013)

Sivadas seorang pegawai polis yang digeruni, dan pakar dalam pencarian. Ketika dia menerima berita bahawa ibunya meninggal dunia, dia tidak punya pilihan selain membawa anaknya yang autistik, Haridas, tinggal bersamanya.

17. Hey Jude (2018)

Dominic (Siddique) adalah pemilik kedai antik di Cochin. Keluarganya terdiri dari isterinya Maria (Neena Kurup), anak perempuan, Andrea (Apoorva Bose) dan anak lelak,i Jude (Nivin Pauly). Walaupun Jude adalah seorang genius matematik dia mempunyai kemahiran sosial yang kurang dan tidak mempunyai kematangan seiring dengan umurnya.

18. Keys To The Heart (2018)
Seorang petinju yang sudah dilupakan bersatu kembali dengan adik lelakinya yang sudah berjauhan, seorang pianis dengan sindrom autisma.

19. Koi Mil Gaya (2003)

Hrithik Roshan yang memegang watak sebagai Rohit anak kepada seorang saintis, Sanjay Mehra (Rakesh Roshan) Setelah dilahirkan dengan masalah perkembangan intelektual serta tingkah lakunya yang kebudak-budakan. Watak alien yang diberi nama Jadoo sering membantu Rohit dengan menggunakan 'kuasa istimewanya' nya untuk meningkatkan daya pemikiran Rohit agar tidak mudah dibuli oleh masyarakat sekeliling.

20. Marathon (2005)

Cho-Won berusia 20-an (Cho Seung-Woo) adalah pemuda dengan autisma. Dia tinggal dengan ibunya yang sangat protektif Kyung-Sook (Kim Mi-Sook) dan adik lelaki (Baek Sung-Hyun), yang kadang-kadang membenci perhatian yang diterima abangnya dari ibunya. Melalui sekolah khas dan mengambil bahagian dalam kegiatan fizikal, Cho-Won telah menyesuaikan diri dengan baik dalam masyarakat.

Cho-Won juga memiliki kemampuan untuk berlari. Setelah menempatkan posisi ketiga dalam sebuah perlumbaan, ibunya memutuskan untuk mengupah jurulatih yang tepat untuk melatih anaknya. Cho-Won kemudian memutuskan untuk mengambil bahagian dalam marathon. Cho-Won mengharap mampu memecahkan rekod 3 jam terpantas dalam marathon.

21. Life, Animated (2016)

Owen Suskind dilahirkan sihat, sehinggalah dia disahkan autisme ketika berusia tiga tahun. Owen mula berkomunikasi dengan dunia luar melalui filem-filem animasi terutama terbitan Walt Disney Pictures, yang memberi Owen satu cara untuk memahami dunia. Filem ini menceritakan kehidupan Owen dan bagaimana dia hidup dengan bantuan Disney dan keluarganya. Walau bagaimanapun, Owen kemudiannya mula belajar bahawa kehidupan sebenar tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh Disney melalui animasi.

22. Main Aisa Hi Hoon (2005)

Seorang lelaki autistik berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya di mahkamah

23. Mercury Rising (1988)

Seorang agen FBI melindungi Simon (Miko Hughes), budak lelaki autistik berusia 9 tahun yang telah memecahkan kod sulit kerajaan

24. Mozart And The Whale (2005)

Pemandu teksi New York Donald Morton (Josh Hartnett) mempunyai sindrom Asperger.. Mahir dalam kira-kira tetapi pemalu di sekeliling orang, Donald menubuhkan kumpulan sokongan untuk orang lain dengan keadaannya

25. Ocean Heaven (2010)

Filem mengenai seorang ayah yang memiliki anak autisma. Ayah, Wang (Jet Li) diceritakan menderita kanser dan jangka hayatnya tidak panjang. Sementara itu anaknya, Dafu (Wen Zhang) menghidap autisma. Sejak isterinya meninggal dunia, Wang selalu menguruskan dan memenuhi keperluan Dafu. Dia selalu membawa Dafu kemanapun dia pergi malahan ketika bekerja sekalipun.

26. Please Stand By (2017)

Wendy (Dakota Fanning), wanita muda yang cemerlang dan bijak dengan minatnya pada "Star Trek" , menjalani kehidupan rutin di rumah sokongan Oakland, California di mana dia diawasi oleh pengasuh utamanya, Scottie (Toni Collette). Dia menghabiskan masa untuk menulis skrip Star Trek 450 halaman untuk memasuki pertandingan menulis skrip Paramount Pictures dengan harapan dapat memenangi hadiah $100,000 USD

27. PO (2016)

Apabila isteri David Wilson meninggal dunia kerana kanser, dia menjadi seorang bapa tunggal yang menjaga anak autistiknya, Patrick, yang lebih suka dipanggil "Po," Po adalah anak yang sangat rapat dengan ibunya dan tidak dapat menyampaikan rasa kehilangannya sendiri.

28. Redha (2016)

Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autism. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

29. Simple, Simon (2010)

Simon adalah lelaki berusia 18 tahun dengan Sindrom Asperger. Tidak mampu hidup secara berdikari, dia diasuh oleh abangnya yang penuh kasih sayang dan sabar, Sam. Sam ditinggalkan teman wanitanya, dan Simon ingin mencarikan abangnya teman wanita tetapi mendapati tugas itu susah untuknya

30. Temple Grandin (2010)
Temple Grandin (2010)

Filem biografi ini mengisahkan seorang wanita autistik yang telah menjadi salah seorang saintis terbaik dalam industri pengendalian ternakan haiwan.

31. The Story Of Luke (2012)
The Story Of Luke (2012)

Setelah neneknya meninggal, seorang pemuda autistik (Lou Taylor Pucci) terpaksa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia luar.

32. Tomorrow Is Another Day (2018)
 Tomorrow Is Another Day (2018)

Demi anak lelakinya yang mengidap autistik, Mrs Wong memilih untuk mendiamkan diri mengenai hubungan sulit suaminya. Tetapi ketibaan perempuan simpanan di rumah mereka menyebabkan suaminya meninggalkan rumah selepas bertengkar. Kini dia ditinggalkan seorang diri menjaga anaknya, jadi dia merancang untuk membalas dendam. Rancangannya kemudian dihidu oleh suri rumah lain.

33. What's Eating Gilbert Grape (1993)
What's Eating Gilbert Grape (1993)

Gilbert (Johnny Depp),adalah seorang abang yang sangat menyayangi dan selalu menjaga adiknya, Arnie (Leonardo DiCaprio) adalah penderita ASD (Autism Spectrum Disorder). Meskipun adiknya, Arnie kerap melakukan pelbagai kelakuan yang menyusahkan seperti memanjat menara air di sehingga mengundang perhatian penduduk setempat dan polis, Gilbert tidak pernah penat untuk menjaga adiknya tersebut.

Mulai dari menemani Arnie bermain hingga memandikannya, semua dilakukan oleh Gilbert. Semua itu dilakukannya dalam kondisi keluarga yang tidak terlalu baik. Ayahnya telah meninggal dunia dengan menggantung dirinya beberapa tahun yang lalu dan kejadian tersebut membuatkan ibunya (Darlene Cates) trauma dan hanya menghabiskan waktunya untuk makan dan duduk menonton tv di tempat yang sama selama bertahun-tahun yang menyebabkan dirinya menjadi obesiti. Adik perempuannya, Ellen (Mary Schellhardt) tidak mengambil peduli terhadap Arnie dan lebih mengurusi dirinya sendiri. Hanya kakaknya, Amy (Laura Harrington) yang agak matang dan seolah-olah menjadi seperti ibu bagi mereka semua

34. White Frog (2012)
White Frog (2012)

Setelah abangnya meninggal dunia, seorang remaja (BooBoo Stewart) dengan sindrom Asperger dijemput ke dalam kumpulan sahabat abangnya.

35. Wonderful Life (2016)
Wonderful Life (2016)

Amelia adalah seorang wanita berkerjaya yang cukup sukses yang beranggapan bahawa dirinya serta keluarganya berasal dari kalangan orang yang pintar secara akademik. Amelia yang merasa hidupnya berjalan seperti yang dia inginkan kemudian menyedari bahwa dia kehilangan kawalan atas anaknya yang mengalami kesulitan dalam kehidupan serta sekolahnya.

Amelia menemani anaknya Aqil menjalani pelbagai terapi untuk Disleksia. Kebahagian hingga konflik batin serta trauma yang akhirnya membuat mereka lebih memahami dan mengerti satu sama lainnya terutama Amalia yang belajar melihat dunia dari sudut pandang anaknya yang penuh warna-warni dan berfikir dari sudut pandang yang sama sekali berbeza dari pemikirannya selama ini.

36. Lovable (2011)
Lovable (2011)

Da-Seul yang berusia 9 tahun tinggal bersama bapa saudaranya yang bekerja sebagai pelayan kedai makan dan datuknya yang bekerja di kilang sotong kering serta neneknya. Mereka hidup bersama di sebuah kampung kecil yang menghadap lautan. Walaupun nenek dan bapa saudaranya berfikir bahawa Da-seul mengalami masalah mental, Da-Seul sebenarnya menghidapi autisma dan mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang seni

37. Deiva Thirumagal (2011
Deiva Thirumagal (2011

Krishna, seorang lelaki dengan gangguan autisma, berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya Nila. Dia meyakinkan peguam Anuradha untuk melawan kesnya ketika ayah mertuanya ingin mengambil anak perempuannya.

38. Drama Korea, Good Doctors (2013)
Drama Korea, Good Doctors (2013)

- The Good Doctors, siri tv Amerika (2017-)
- Good Doctors, drama Jepun 10 episod (2018)

Park Shi-on (Joo Won) adalah seorang penderita autisma, dia dihantar ke pusat penjagaan khusus semasa kanak-kanak, di mana dia ditemui mempunyai daya ingatan peringkat genius dan kemahiran deria yang tajam.

Dia akhirnya memasuki Jabatan Pembedahan kanak-kanak (pediatrik) sebagai Doktor, di mana dia diberikan waktu 6 bulan untuk membuktikan kemampuan dirinya. Bagaimanapun, disebabkan keadaan mental dan emosinya yang tidak normal, Shi-on menghadapi konflik dari rakan sekerja dan pesakitnya, yang melihatnya sebagai kanak-kanak dan tidak boleh dipercayai.

Yang paling lantang mengkritiknya ialah Pakar Bedah 'kepala angin', Kim Do-han (Joo Sang-wook), yang melabelnya sebagai robot yang tidak berjiwa doktor yang hanya bergantung kepada kemampuan daya ingatan sahaja dan bukannya merasai kehendak dan keperluan pesakit

Posting Komentar untuk "38 Film Inspiratif Tentang Autisme, Sindrom Asperger, dan Disleksia (Bag 2)"